{ Christchurch } // Hagley Park
*Sambung..
Lepas bangun tidur, kitaorang siap-siap untuk mulakan perjalanan. uu yeah! pukul 8 pagi, kitaorang guna free phone untuk call tempat kitaorang sewa kereta. Nama tempat sewa kereta tu, ‘Yourway Car Rental’. Lepas buat panggilan tu, kitaorang tunggu 10 minit jer sebelum van rental sampai. Lepas masukkan luggage memasing, kakak mat saleh ni terus bawa kitaorang ke tempat sewa kereta.
Cuaca hari tu mendung je. Sampai kat YCR, kami isi borang utk daftar driver, dan buat payment utk sewa kereta selama 7 hari kitaorang ada kat situ. Yang aku perasan, kat sini ada bnyak rental car company, jadi terpulang ikut budget dan keselesaan masing-masing nak pilih kereta macam mana.
Kerata yg kitaorang sewa tu intermediate auto ford focus. Dapat warna biru gelap dan model taklah lama sangat. Sedap je nak bawak. Total harga sewaan kereta untuk 7 hari ialah nzd270 atau lebih kurang rm640. Agak mahal jugak, tapi kira murah kalau dibahagi 3 orang! huhu. ( Nak lagi murah, kongsi la ramai dan ramai lagi ye=p )
Destinasi yg kami plan nak pergi masa hari pertama ialah Akaroa, jadi kami pon tak menginap  di Christchurch. Dalam perjalanan ke Akaroa, kitaorang singgah sekejap di Hagley Park. Park yang agak popular gitu. Memang cantik habis! bersih! Nganga je tengok  pemandangan musim luruh masa tuh! Selepas kitaorang bergambar sakan kat Hagley Park, kitaorang pon teruskan perjalanan ke Akaroa! GPS pulak buat hal masa nih, jadi kitaorang pakai map saje =D
Nak tahu lebih pasal Hagley Park, boleh klik sini:-
http://www.ccc.govt.nz/cityleisure/parkswalkways/popularparks/hagleypark.aspx



























December 1st, 2011 at 9:05 AM
sgt cantik..aku suke~
December 1st, 2011 at 9:31 AM
Seronoknyer ……………………
December 1st, 2011 at 8:07 PM
wah lama tunggu entry pasal ni baru keluar. bila tengok-tengok balik gambar-gambar terasa sangat nak pergi NZ lagi. Harap-harap dapat la merasa gi NZ musim sejuk kan ^-^
Cerita la lagi banyak-banyak pengalaman kat sana. Scenary yang dicapture sangat memukau. Cantik. Masyallah.